Tangisan manusia ada beraneka macam...

  • Tangisan kerana sayang dan lemah-lembut

  • Tangisan kerana takut dan gerun

  • Tangisan kerana rindu dan cinta

  • Tangisan kerana girang dan gembira

  • Tangisan kerana terkejut dan tidak bersedia menghadapi musibah

  • Tangisan kerana sedih

  • Tangisan kerana lemah dan daif

  • Tangisan lakonan dan pura-pura (munafik)

  • Tangisan yang diberi upah

  • Tangisan kerana simpati

Air mata seorang mukmin yang takutkan Allah adalah sangat mahal harganya kerana dinginnya air mata tersebut boleh memadam marak murka Allah.


Para hukama ada menyatakan, "Sesiapa yang melakukan dosa dalam keadaan ketawa nescaya dia akan dimasukkan Allah ke dalam neraka dalam keadaan dia menangis, dan sesiapa yang taatkan Allah dalam keadaan dia menangis nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan dia ketawa gembira".


0 Responses

Post a Comment