KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI AGEN MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB) BOLEH HUBUNGI WANI 019-9012037 @ ZA 019-9697571
Labels: 0 comments |
Hubungi agen-agen Maajun Anggun Bistari (MAB) dikawasan anda untuk dapatkan stok MAB...


PAHANG
Wani (Kuantan/Taman Indera Sempurna)
Za (Sungai Karang) 019-9697571
Kak Dah ( Gambang ) 013-9077453
Yanti (Pekan) 013-9849598
Nurul (Semambu) 019-9485346
Nani (Balok Perdana) 014-5378875
Aida (Batu 4, Jalan Gambang) 013-9464737
Hanani (Perniagaan Al-Wahida, Bandar Bera) 013-9534313
Ima (Taman Dato Rashid, Kuantan) 011-12152124
Gee (Beserah) 019-9427257


TERENGGANU

Siti (Kemaman) 019-4448906
Ros (Besut) 013-4078676



JOHOR

Zarinah (Pasir Gudang) - 014-2758613


KELANTAN

Na (Wakaf Bharu, Tumpat) 019-9173500/013-9335942


http://maajun-mab.blogspot.my
Labels: 0 comments |
Allah SWT berfirman yang bermaksud;




"Wahai orang beriman, jauhilah daripada bersangka jahat kerana sesungguhnya prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan jangan ada di antara kamu mencela yang lain. Apakah kamu suka makan daging saudara yang sudah mati? Tentu kamu terasa jijik dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menerima taubat dan penyayang." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

  1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan Wassalatu wassalam ala Rasulillah.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi s.a.w. juga.
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah s.w.t.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
  6. berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan.
  7. Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah.
  8. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
  9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.
  10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
  11. Merendahkan suara.
  12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak tiga kali.
  13. Menghadap ke arah kiblat.
  14. Mengangkat kedua-dua tangan semasa berdoa.
  15. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
  17. Tidak bersajak dalam berdoa.
  18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami').
  19. Menyeru Allah s.w.t. dengan nama-namaNya yang mulia.
  20. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal.
  21. Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar.
  22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
  23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari.
  24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
  25. Mengaminkan doa yang dibacakan.
Sebagai hamba Allah, berdoalah… Minta pada Allah SWT agar dimurahkan rezeki kita dan dijauhkan dari kesulitan hidup.

Doa adalah senjata orang mukmin dan saat doa mustajab ialah:


1. Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

2. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

3. Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

4. Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

5. Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

6. Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

7. Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

8. Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

9. Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

10. Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

11. Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

12. Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=101&bagian=0

Di edit dan diterjemah oleh Abu Usamah



Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....


Untuk mengurangkan dan menghilangkan kesulitan dalam hidup ini
  • Banyakkan Istighfar
  • Amalkan doa nabi Yunus
  • Solat taubat setiap malam
  • Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...


Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.
Dengarkanlah lagu-laguku ini...
Ikhlas dari hati... Hanyalah untukmu

Akulah anakmu
Anakmu yang selalu
Memelukmu...
Menciummu...

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Kuucap kepadamu...
Walauku jauh di sini
Kuharap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemanimu hingga ke akhir nanti
Aku janji...

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Inginku nyatakan engkau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat Hari Ibu...
Ku ucap kepada mu...
Walauku jauh di sini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji...



Selamat Hari Ibu kepada ibuku Habibah A. Rahman, ibu mertuaku Safiah Mamat, dan semua ibu-ibu...kau lah ratu hatiku ibu...

Tanpa ibu yang melahirkan tiadalah kita di dunia ini. Ingatan terhadap ibu bukan hanya pada hari-hari tertentu sahaja, biarlah setiap hari, setiap saat dan ketika.. bukan hanya ketika susah dan kesedihan...
1. Tetapkan Matlamat.
2. Tuliskan matlamat di dalam diari.
3. Cari seseorang untuk dijadikan "tempat" laporan.
4. Fikirkan impian anda jika berat badan berjaya diturunkan.

5. Matlamat anda mesti realistik.
6. Mesti konsisten!
7. Banyak membaca.
8. Kawal Kata hati.
9. Belilah pakaian yang diidamkan.
10. Cari inspirasi.
11. Jangan terikat dengan pil dan ubat
12. Sertai pusat pelangsingan badan
13. Everything in moderation..."
14. Usaha, yakin dan bersabar
15. Makan snek dengan bijak
16. Lebihkan air
17. Rancang makan tengahari
18. Mesti bergerak!
19. Bersenam ketika terluang
20. Bersama teman-teman
21. Beringat dan bersedia
22. Pilih yang sederhana
23. Elak makan dalam satu masa
24. Sebaiknya susun menu anda
25. Elakkan berbual-bual sambil makan
26. Kawal nafsu
27. Jangan mudah terpengaruh
28. Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang
29. Pilih meja yang jauh dari makanan
30. Alas perut sebelum majlis
31. Elak bersama rakan yang kuat makan
32. Banyakkan minum air putih
33. Elakkan minuman dan makanan yang manis
34. Sentiasa berwaspada
35. Pakailah baju ketat ke majlis
36. Kawallah selagi terdaya
37. Daftarlah di kelas tari menari
38. Beli sebuah basikal dan berusaha supaya kerap menggunakannya
39. Sertai sebarang aktiviti lasak
40. Amalkan senaman naik turun tangga
41. Berenanglah dengan menyertai mana-mana kelas renang yang disediakan di kawasan anda
42. Jangan mengelak untuk menyertai sebarang kerja amal
43. Hujung minggu bukan lagi masa untuk bermalas-malas
44. Bagi anda yang suka 'clubbing', jangan sia-siakan hobi ini
45. Menjadi 'baby sitter' mungkin kedengaran lucu
46. Lakukan sendiri kerja-kerja rumah
47. Bergeraklah walaupun anda hanya menghadap komputer sepanjang bekerja 48. Pilih pakaian yang ringkas dan 'sporty' ketika bersantai
49. Utamakan pengambilan pemakanan
50. Tukar cara masakan
51. Bijak berbelanja
52. Peti sejuk sebagai rakan
53. Jangan lupa diri
54. Teruskan senaman


Pantang larang berdiet

55. Untuk hidangan tengahari, jangan makan lebih dari sesenduk nasi. Nasi mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi. Berlebihan mengambilnya bererti anda sedang meningkatkan kandungan gula dalam darah. Cuba kekalkan disiplin ini.
56. Elakkan memilih lauk yang membuka selera anda. Tetapi pilihlah yang berkhasiat.
57. Mesti ambil buah. Lebih baik jika ia diambil sebelum anda memulakan hidangan berat. Buah mempunyai serat yang terbaik untuk membantu penghadaman. Jika anda bukan penggemar buah, gantikannya dengan air putih.
58. Jangan tidur atau berbaring selepas makan. Usus anda perlu "bergerak". Pastikan semua makanan "berjalan ke lorong" yang sepatutnya.



Terdapat 33 untaian zikir di dalam al-Ma'surat yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi SAW. Setiap untaian zikir itu mempunyai fadhilat atau kelebihan tertentu apabila diamalkan secara tetap (istiqamah). Antara kelebihan mengamalkan al-Ma'surat sebagaimana disebut di dalam hadis-hadis:

  • Dilindungi daripada syaitan

  • Hati tidak mati

  • Mendapat keselamatan

  • Mendapat kesempurnaan nikmat Allah

  • Mendapat redha Allah

  • Terhindar daripada perkara mudarat

  • Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa

  • Hilang rasa dukacita

  • Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang

  • Mendapat syafaat Nabi pada hari kiamat


  1. Amalan mesti kukuh. Perkara berkaitan fardhu ain atau hukum syarak mesti difahami dan diamalkan sungguh-sungguh.

  2. Banyakkan berzikir supaya hati sentiasa bersih dan dijauhkan daripada bisikan syaitan.

  3. Perbanyakkan berdoa kerana ia adalah sumber kekuatan keyakinan orang Mukmin kepada Allah SWT selepas berusaha berikhtiar.

Tangisan manusia ada beraneka macam...

  • Tangisan kerana sayang dan lemah-lembut

  • Tangisan kerana takut dan gerun

  • Tangisan kerana rindu dan cinta

  • Tangisan kerana girang dan gembira

  • Tangisan kerana terkejut dan tidak bersedia menghadapi musibah

  • Tangisan kerana sedih

  • Tangisan kerana lemah dan daif

  • Tangisan lakonan dan pura-pura (munafik)

  • Tangisan yang diberi upah

  • Tangisan kerana simpati

Air mata seorang mukmin yang takutkan Allah adalah sangat mahal harganya kerana dinginnya air mata tersebut boleh memadam marak murka Allah.


Para hukama ada menyatakan, "Sesiapa yang melakukan dosa dalam keadaan ketawa nescaya dia akan dimasukkan Allah ke dalam neraka dalam keadaan dia menangis, dan sesiapa yang taatkan Allah dalam keadaan dia menangis nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan dia ketawa gembira".


Yumnaa Collection (YC) telah menambah beberapa lagi produk baru untuk memenuhkan ruangan kedai. Kalau boleh nak letak semua barangan keperluan wanita yang ada...hehe, tapi modal terhad plak. Jadi, YC akan letak secara berperingkat-peringkat...mari kita tgk gambar stok baru ini.....












Labels: , 0 comments |
Pengedar MAB diperlukan di Kuantan.






Khas untuk wanita sahaja.. keutamaan kpd pengguna MAB

Kepada yang berminat leh sms or call wani 019-9012037
Hari Jumaat baru ni, Yumnaa menempah stok untuk Maajun Angun Bistari (MAB). Pada pagi Sabtu ada posmen telefon nak serah barang. Kebetulannya, Kedai Yumnaa tutup sebabnya ada kenduri di kampung. Jadi, Yumnaa minta posmen tu tinggalkan notis dalam peti surat. Pagi ini, Yumnaa pergi pejabat pos untuk amik barang tersebut. Inilah rupanya...meh jamu mata nengok....












Di bungkus dalam kertas minyak jer..

















Mari kita buka.. tengok apa yang ada...
















Haaa...ada satu lapisan lagi..mari buka lagi..jeng..jeng...
















Inilah rupanya MAB...




















MAB yang telah di susun..



p/s: Kepada sesiapa yang berhajat untuk cuba-cuba atau rasa MAB, boleh lah hubungi kami atau datang sendiri di kedai Yumnaa. InsyaAllah, kesannya tidak menghampakan anda...silalah cuba.
Labels: , 0 comments |
Laranglah bakal pengantin perempuan daripada makan dan minum 4 jenis makanan pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
  • susu
  • cuka
  • coriander (ketumbar)
  • apple masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah 4 jenis makanan ini di larang? Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab 4 perkara (makanan) ini untuk menghalang dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak".

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu di larang (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna". Ketumbar (coriander) mengganggu haid di dalam perut dan menyukarkan kepada kelahiran. Epal masam memotong haid sebelum masanya.

Anda mungkin sering menghadapi masalah untuk menabung setiap bulan kerana gagal mengawal nafsu untuk berbelanja bila tiba hari gaji. Walaupun anda tahu kepentingannya tetapi sikap yang boros membuatkan rancangan untuk menabung tergendala. Bagaimana pun berikut ada cara mudah untuk anda melakukannya. Selamat mencuba!


1. Catatkan trend menabung

Anda tidak perlu kaya raya untuk menabung. Sebenarnya menabung itu sangat mudah, asalkan perbelanjaan anda lebih kecil daripada pendapatan. Sebelum anda memutuskan untuk berjimat perbelanjaan tertentu, anda harus tahu trend perbelanjaan anda setiap bulan.

Oleh itu, mulai bulan hadapan, catat perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Gunakan buku kecil yang mudah di bawa ke mana-mana. Secara tidak langsung anda dapat melihat trend perbelanjaan anda setiap hari.

Sisihkan wang di awal bulan, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang. Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar. Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.


2. Bayar semua hutang

Selesaikan semua jenis hutang setiap bulan seperti ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Jika anda ada hutang kad kredit, cuba selesaikannya secepat mungkin. Jangan hanya membayar minimum sahaja kerana ia menggalakkan lagi peningkatan faedah setiap bulan.

Jika hutang telah dilunaskan, lebih mudah untuk merancang tabungan setiap bulan. Kemudian apabila kebiasaan menabung anda sudah berjalan dengan agak baik, maka mulalah untuk tetap berusaha menabung secara konsisten setiap bulan. Apabila berjaya mendisiplinkan diri untuk menabung, selanjutnya motivasi diri anda untuk meningkatkan nilai jumlah tabungan untuk setiap bulan.

Banyak motivasi yang dapat digunakan dalam hal ini, misalnya seperti persediaan untuk bercuti, ingin membeli barang kemas dan sebagainya. Namun masih banyak jenis motivasi lain yang boleh dijadikan 'semangat' untuk anda terus menambah tabungan.

Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh 'disentuh' dan wang tabungan 'beku' iaitu wang yang tidak boleh disentuh. Ia bagi mengelakkan anda daripada menghabiskan wang tabungan yang telah disimpan sekian lama. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu sahaja. Maka akan sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.


3. Simpan wang bonus

Jika anda mendapat bonus, asingkan secepat mungkin jumlah wang yang ingin anda simpan. Bukan tidak boleh berbelanja tetapi jadikan amalan agar segera mengasingkan wang bonus yang diperoleh supaya ia tidak habis tanpa anda sedari.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka terutama ketika mendapat bonus sehingga ada yang langsung tidak menyimpan walau sedikit pun. Jangan begitu, didik dan tanamkan dalam diri anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada wang bonus yang anda peroleh. Jika anda menyimpan lebih banyak, ia lebih baik. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.


4. Buka akaun bank tanpa kad

Seelok-eloknya buka akaun bank lain bagi mengumpul wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan akaun bank gaji anda kerana ia tidak 'menampakkan' wang yang anda simpan.

Lebih baik wang simpanan anda ini disimpan di dalam akaun yang berasingan kerana cara itu, wang tabungan akan lebih terpelihara selain mudah untuk anda memeriksa jumlah wang yang telah anda simpan.


5. Biasakan diri berjimat cermat

Amalan menabung sebenarnya memerlukan kekuatan pada diri anda sendiri. Jika anda tidak kuat menepis dugaan-dugaan untuk berbelanja nescaya niat untuk menabung akan terkubur begitu sahaja.

Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan ialah sentiasa sematkan dalam hati anda untuk terus menabung demi masa depan. Kita tidak tahu bagaimana masa hadapan kita nanti. Mungkin ketika ini hidup kita dilimpahi dengan kemewahan. Oleh itu, jangan sesekali anda leka kerana kealpaan untuk menabung akan menyebabkan anda merana apabila ditimpa musibah. Kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...

sumber dari majalah mingguan wanita nov `10
Salam Maulidur Rasul 1432 H

Tema sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432 H ialah "1 Malaysia 1 Ummah". Sebagai umat yang beragama Islam, jangan lupa untuk berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan sentiasa memperbaharui kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dengan cara mengadakan majlis-majlis maulud. Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi manfaat kepada kita semua...

sekian saje..