1. Berdoa dengan ikhlas kepada Allah.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah, diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan Wassalatu wassalam ala Rasulillah.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi s.a.w. juga.
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri pada penerimaannya oleh Allah s.w.t.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
  6. berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua tangan.
  7. Berdoa dengan sabar menanti untuk dimakbulkan Allah.
  8. Sentiasa berdoa pada setiap masa, sama ada ketika senang atau susah.
  9. Tidak berdoa tentang perkara keburukan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain dan memutuskan silaturrahim.
  10. Tidak berdoa pada tempat maksiat.
  11. Merendahkan suara.
  12. Berdoa dengan mengulangkan Ya Rabb sebanyak tiga kali.
  13. Menghadap ke arah kiblat.
  14. Mengangkat kedua-dua tangan semasa berdoa.
  15. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  16. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum memohon hajat.
  17. Tidak bersajak dalam berdoa.
  18. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami').
  19. Menyeru Allah s.w.t. dengan nama-namaNya yang mulia.
  20. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal.
  21. Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar.
  22. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan bagi orang yang lain.
  23. Menghimpunkan anak-anak jari kesemuanya melainkan ibu jari.
  24. Menyapu muka dengan tangan selesai berdoa.
  25. Mengaminkan doa yang dibacakan.
0 Responses

Post a Comment